Sunday 1 January 2017

CARA-CARA CARI SIGNAL MYTV DENGAN DEKODER DVB-T2





PERINGATAN:

Pihak kami hanya menjual antenna untuk terima siaran MYTV. 

Gambar2 berkaitan di bawah hanya lah untuk rujukan pembelajaran sahaja. 


Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. 

Harini kami nak terangkan bagaimana mencari signal MYTV dengan cara yang pantas.

Sebelum itu pastikan segala kelengkapan seperti berikut telah mencukupi.
1. Dekoder MYTV / DVB-T2 atau TV digital (Built-in DVB-T2 IDTV). (Perlu ada salah satu ini)
2. Antenna Digital atau Antenna UHF tulang ikan.
3. Kabel coaxial RG-6 (Kabel Astro) yang bermutu tinggi. Boleh dibeli di kedai hardware.
4. Soket  RF male sambungan ke TV.

Ok. Sekarang...

Sila ikuti langkah-langkah di bawah.

#Teruskan ke Langkah 4 untuk cuba kekuatan signal MYTV di tempat anda.

Langkah 1:

Kenal pasti pemancar yang terdekat dengan rumah anda.

Sebagai contoh, anda tinggal di Shah Alam, Selangor, maka pemancar yang terdekat dengan anda adalah Bukit Sg. Besi & Menara Kuala Lumpur.





Atau anda boleh merujuk terus kepada senarai kawasan-kawasan yang mendapat liputan seperti yang dinyatakan dalam website Mytv Broadcasting.

Klik link ini untuk kawasan liputan MYTV terkini: http://mytvbroadcasting.my/peta2.html

Lain-lain kawasan yang tidak dinyatakan adalah kawasan 'blind area' iaitu kawasan yang terlindung kerana bukit-bakau atau gunung-ganang.

Jika anda tidak pasti adakah kawasan anda mempunyai liputan MYTV ataupun tidak, boleh utarakan persoalan ke FB kami. https://www.facebook.com/nuhakreatif/

Pada masa akan datang, kawasan yang terlindung boleh menggunakan Dekoder MYTV DTH dan Dish Satellite (spt, piring ASTRO). Hal ini akan dijelaskan pada masa hadapan selepas DEKODER MYTV DTH dijual di pasaran.

Jom kita teruskan ke Langkah2 Mencari Signal MYTV dgn menggunakan antenna.

Langkah 2:

Buka applikasi Google Maps (digalakkan menggunakan web version pada komputer).

  • Set lokasi rumah anda ke stesen pemancar yang terdekat. Sebagai contoh,anda tinggal Shah Alam, setkan pemancar terdekat anda iaitu Menara Kuala Lumpur.



  • Right click pada mouse pada titik point rumah anda.



  • Right click pada mouse pada titik point stesen pemancar.


  • Semak jarak anda dan arah kompas tempat anda ke stesen pemancar terdekat. Anda boleh mengguna Apps Compas yang boleh di muat turun daripada Play store atau Apple Store.

atau anda boleh mengguna cara yang lagi mudah & cepat, sila klik link di bawah.

http://mytvantennapointer.blogspot.my/


Langkah 3

Kenal pasti antenna yang sesuai digunakan di rumah anda. 

Pastikan anda membeli ANTENNA DIGITAL atau ANTENNA UHF tulang ikan sahaja.
Lain-lain antenna adalah tidak sesuai sama sekali.

Daripada google Maps, jarak Shah Alam ke Stesen Pemancar Menara KL = 23km

Jadi anda boleh menggunakan antenna JP-5E untuk liputan sehingga 80km.

Nak beli antenna digital JP-5E? 
Click di sini untuk pembelian di Lazada.
Click di sini untuk pembelian di 11street.my.
Click di sini untuk pembelian di Shopee.



ANTENNA DIGITAL JP5E (5-ELEMENT) = 80km

Klik dibawah untuk pembelian.LazadaShopee11street



 ANTENNA DIGITAL JP8E (8-ELEMENT) = 100km

Klik dibawah untuk pembelian.



ANTENNA DIGITAL JP21E (21-ELEMENT) = 140km

Klik dibawah untuk pembelian.



Nota tambahan:


Antenna Indoor (Dalaman)

Antenna ini boleh menerima isyarat bagi kawasan dalan lingkungan garak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Sebagai contoh, rumah anda di Kuantan, anda boleh menggunakan antenna Indoor disebabkan jarak yang dekat dgn Bukit Pelindung.
Bagaimanapun, untuk peringatan TIDAK semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antenna Indoor disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian. (altitud).

Digalakkan menggunakan sekurang-kurangnya Antenna JP-5E (5element) untuk penerimaan signal yang lebih jelas dan baik.


Langkah 4

Sambungkan antenna ke dekoder anda.

Sambungkan juga dekoder ke TV anda menggunakan kabel HDMI atau cable Video 3 warna.

AMARAN:
Jangan gunakan kabel HDMI terlebih dahulu. Sila gunakan kabel RCA (3 warna).
Ini kerana signal daripada HDMI akan mengganggu signal MYTV dan menyebabkan signal tidak stabil.
Setelah berjaya "Lock" siaran MYTV dengan kabel RCA, barulah anda bertukar kepada HDMI.





Langkah 5

On suis dekoder

Paparan pertama yang muncul adalah seperti di bawah.

Jangan click apa-apa kerana kita akan buat "Manual Search" pada langkah seterusnya.

Auto search spt di bawah agak sukar "tangkap" signal kerana terdapat gangguan signal-signal digital lain seperti frequency hanset /radio dan sebagainya. 





Langkah 6

Klik button "Exit" pada remote control



Langkah 7

Pergi ke icon nombor 3 dari kiri spt di bawah.



Langkah 8

Set data-data spt di bawah.

Scan type: FTA
Country: Malaysia
Antenna power: Off

Kemudian click 'Manual Search'.

Langkah 9

Tukar Frequency Channel kepada frequency yang dipancarkan oleh stesen pemancar terdekat anda.
Rujuk kepada data di bawah.





#senarai pemancar kemaskini pada 26/03/2018


Langkah 10

Sebagai contoh, Shah Alam menggunakan pemancar Bukit Sg. Besi dimana frequency channel adalah CH45 @ 666mhz dan CH49 @ 698mhz.

Atau, anda tinggal Kuching. hendak lah menggunakan channel 47 @ 682mhz (pemancar Gunung Serapi) & CH 43 @ 650mhz.

Ok. Kita teruskan untuk rumah di Shah Alam tadi;
  1. Set frequency pada channel 45 (666Mhz).
  2. Biarkan beberapa saat sehingga signal kelihatan.
  3. Pusingkan antenna ke-kiri atau ke-kanan perlahan-perlahan.
  4. Perhatikan pergerakan signal naik atau turun.
  5. 'Lock' arah/kedudukan antenna tadi jika anda telah mendapat signal yang paling tinggi.

P/s: Min. strength/ quality yang diperlukan hanya 60%.


Langkah 11

Jika tiada signal kenaikan/ kelihatan  pada channel 45 @ 666mhz tadi, jangan risau,
bawa kan antenna ke tepi tingkap / balkoni (tiada halangan dinding rumah).

Dan anda akan mendapati signal kelihatan naik perlahan-perlahan.

Dapatkan kedudukan antenna dgn signal paling tinggi (min. signal terbaik adalah 60% ke atas).

Posisi antenna terbaik adalah antenna yang menghadap pemancar yang berdekatan. Cara paling simple memeriksa arah pemancar adalah menggunakan apps Antenna Pointer.
Refer pada link ini. http://mytvantennapointer.blogspot.my/

Langkah 12

Tunggu sekejap dalam beberapa saat untuk automatik 'scan' & 'Save' channels.


Langkah 13

Kemudian ulang semula Langkah 10 & Langkah 12 tadi untuk channel frequency yang kedua iaitu 
CH49 (698mhz) (-kawasan Shah Alam).

Pada kali ini, kedudukan antenna tidak perlu diubah kerana kedudukan pemancar adalah sama untuk Channel Frequency Pertama (CH45) ataupun Channel Frequency Kedua (CH49).
  1. Set frequency pada channel 49 (666Mhz).
  2. Biarkan beberapa saat sehingga signal kelihatan.
  3. Simpan (save) channel selepas berjaya ditemui. 


Langkah 14

Anda telah berjaya "lock" channel.





Langkah 14

Klik 'OK' pada button remote jika anda ingin melihat rancangan-rancangan TV yang lain.



Pautan YOUTUBE:





Kesimpulan:

Faktor-faktor persekitaran seperti bentuk muka bumi (bukit-bakau), banguanan-bangunan tinggi banyak mempengaruhi penerimaan signal Mytv di tempat anda. 

Kami ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya 'lock' siaran Mytv. Anda telah jimat beratus ringgit dengan 'DIY'.

Kepada yang masih tidak berjaya, jangan kecewa.
Berikut adalah cara-cara untuk mengenalpasti atau menyelesaikan masalah anda.

  • Buat Langkah 1-3 seperti yang diterangkan di atas. Jangan guna antenna sembarangan. Antenna yang sesuai hanyalah antenna digital & antenna UHF tulang ikan. Antenna VHF tidak sesuai sama sekali.

#####Nak beli antenna digital JP-5E? 
Click di sini untuk pembelian di Lazada.
Click di sini untuk pembelian di 11street.my.
Click di sini untuk pembelian di Shopee.






  • Tukar lokasi antenna anda.-letakkan antenna anda diluar rumah. Pastikan tidak terlindung oleh dinding atau bumbung rumah.
  • Jika masih tiada signal kelihatan, letakkan antenna diatas bumbung rumah.
  • klik link dibawah ini untuk mengenalpasti arah pemancar dengan tepat & cepat.
          http://mytvantennapointer.blogspot.my/
  • Pastikan anda menggunakan kabel coxial RG-6 yang bermutu tinggi. Signal MYTV mudah hilang jika menggunakan kabel yang murah. Antara jenama yang berkualiti adalah BELDEN, HANSEN & COMWAY.
  • Soket RF male sambungan ke TV & antenna seharusnya dipasang dengan betul dan baik. Sambungan ini adalah kawasan yang paling sensitif. Signal tiada atau tidak stabil jika sambungan soket tidak dipasang dengan baik. Sila rujuk kepada link Youtube di bawah.




  • Cari signal dengan keadaan menggunakan kabel RCA (3 warna terlebih dahulu). Ini kerana jika anda menggunakan kabel HDMI, dikhuatiri kabel HDMI anda tidak bermutu dan akan merosakkan signal MYTV. 
  • Jika signal tidak stabil (turun naik secara mendadak, contoh 80% > 0%) menggunakan kabel HDMI, sila guna test signal menggunakan kabel RCA (3 warna). 
  • Tidak digalakkan menggunakan dekoder DVB-T2 + S2 seperti freesat v7 combo dan sebagainya kerana ia mempunyai tuner digital yang agak lemah berbanding dekoder DVB-T2. Signal sukar diperolehi.   

Contoh kawasan yang menggunakan antenna 14E.
  • Terdapat beberapa tempat yang menggunakan pemancar yang lebih jauh kerana pemancar yang terdekat di 'bloking oleh bukit / gunung. 
  • Sebagai contoh, Jengka dan Temerloh, Pahang Tidak boleh menggunakan pemancar Gunung Pelindung kerana halangan bukit, tapi masih boleh mendapat signal daripada Gunung Ulu Kali. Antenna yang diperlukan adalah 14E ke atas.

Selamat mencuba...

p/s.
Jika anda memerlukan Bantuan Teknikal Online, Sila PM dalam Page FB kami. Pertanyaan anda akan dibalas dalam masa 24jam.
Klik sini  untuk PM.